Wednesday, January 13, 2010

MENIKMATI KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI BAWAH PERMUKAAN AIR DI RUANG TAMU PEJABAT ANDA

Pernahkah anda ke aquaria klcc atau ke singapura underworld sea? kini anda boleh melihatnya setiap hari di ruang tamu pejabat anda. Ambillah kesempatan ini untuk menjadi pelanggan terawal kami yang menggunakan teknologi terbaru dimana ianya merupakan hasil kerja kami yang unik dan menarik. Tetamu-tetamu anda akan sentiasa merindui untuk melawat kembali ruang tamu anda dan ini membuatkan anda berasa bangga kerana memiliki sebuah “LIVE AQUA” berserta dengan frame yang mengikut citarasa anda sendiri.



Hanya anda yang memahami kehendak kepuasan untuk mencantikkan ruang tamu pejabat anda, walaubagaimanapun wakil kami yang pakar dapat membantu memberi khidmat nasihat baik dalam rekabentuk hiasan dalaman mahupun teknikal yang bakal memenuhi citarasa anda jua. Kami menghormati pendapat anda dan akan akur dengan sebarang keputusan tanpa mengira khidmat kami diguna pakai atau sebaliknya.

Antara ciri-ciri produk kami ialah akuarium direka mengikut kesesuaian Pelanggan, gelas kaca jernih, mudah untuk di selenggarakan, menjimatkan ruang dan langsing (nipis), saiz mengikut pelanggan, struktur pertumbuhan air tropical, pilihan bingkai 3 dimensi, sistem pencahayaan lampu dan penapisan dalam, permukaan lebar untuk paparan menarik dan sentuhan dalaman menarik.


Anda tidak perlu risau kerana syarikat lagenda prima enterprise adalah syarikat yang berdaftar dengan kementerian kewangan Malaysia dan berstatus bumiputra. Syarikat kami berpengalaman lebih 2 tahun menjalankan kerja-kerja hiasan dalaman dan lanskap. Syarikat kami juga sedang menjalankan kerja-kerja tersebut di syarikat swasta.
Terima kasih diharapkan, serba sedikit makluman serta penjelasan kami dapat menarik minat atau membuka ruang minda anda kearah satu penemuan terbaru yang belum dinikmati oleh tetamu anda yang lain. Anda akan berasa bertuah kerana menjadi ‘pioneer’ peneraju utama memiliki akuarium yang terkini diwaktu ini. Bersama-sama ini disertakan beberapa contoh reka bentuk “LIVE AQUA” yang telah dipasang kepada pelanggan-pelanggan kami.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang lain-lain produk keluaran kami, cara-cara pemasangan dan rekabentuk , kerja-kerja yang telah, sedang dan akan dilaksanakan, bolehlah berhubung dengan wakil syarikat kami yang sudi melapangkan masa untuk anda.

No comments:

Post a Comment