Wednesday, January 13, 2010

KELUARAN DAN PERKHIDMATAN

Mengubah seni taman (laman) anda ke satu keindahan

Penyelenggaraan

Jadual penyelenggaraan kolam dan akuarium secara berkala dan lawatan ujian bagi memastikan kualiti yang cekap serta efisien paling sesuai terhadap sistem disamping kesihatan ikan yang telah di isi. Kesemua pemerhatian dan bacaan yang direkod untuk dokumentasi dan sesalinan laporan akan diberi kepada pelanggan kami.



Akuarium yang tersusun & Intergrasi rekabentuk dalaman



Nikmatilah keindahan sepenuhnya kolam dan keindahan air dapat mengujudkan suasana bagi menarik serta membangkitkan minat serta keinginan secara tidak langsung. Jiran atau tetamu anda akan berasa cemburu dengan keindahan dan kaedah kolam yang telah dipasang oleh kami secara profesional. Wakil kami berupaya memberi khidmat nasihat dalam merekabentuk, pemasangan hingga penyelenggaraan satu kolam ikan atau seni taman bercirikan air di laman anda yang amat cantik dan mesra alam.

Fotfolio kami mengandungi beberapa pilihan akuarium mengikut kesesuian yang telah ditempah, dipasang beranika jenis dengan bahan mesra alam dengan penyudahan yang menarik. Bagi memastikan setiap tempahan serta penyelenggaraan anda di penuhi mengikut masa yang ditetapkan, kami mengambil pekerja yang berpengalaman dan kemahiran agar dapat memenuhi kehendak anda baik di rumah kediaman ataupun pejabat anda.


Pembinaan & Pemasangan Kolam




Semasa pembinaan dan pemasangan dijalankan, anda akan ketahui bagaimananya wakil kami yang komited dengan kerja mereka. Kami akan pastikan hasil kerja kolam dan laluan sesalur paip akan dipasang dengan teratur dan sedap mata memandang.

Sistem Penapisan Secara Profesional



Pelanggan amat prihatin dan perlukan kolam serta akuarium mereka air yang jernih sentiasa, ikan berwarna warni yang kelihatan sihat serta cergas. Ciri ini memerlukan satu sistem penapisan yang baik.

Kami merekabentuk sistem penapisan kami dengan mengambikira siaz kolam, kandungan air, jenis serta bilangan ikan yang sesuai di isi agar pemikiran anda sentiasa tenang walaupun dimana anda berada.

Dalam menjayakan khidmat kami untuk menghasilkan satu suasana pengairan yang sihat, wakill kami yang professional berupaya menghasilkan satu rekabentuk dan sistem penapisan yang efektif untuk kolam dan akuarium berasaskan intergrasi putaran nitrogen , tahap pengoksijen, kuantiti ikan yang di pelihara, kapasiti air, sistem kitaran air dan bahan penapisan.

No comments:

Post a Comment